MENU

26 September 2020 - MBI telah mengadakan Latihan Program Kebun Komuniti  untuk warga kota Ipoh di Bilik Gerakan, Tingkat 2, Bangunan MBI hari ini.

Ia telah dirasmikan oleh Clr. En.Jeyagopi a/l Subramaniam, Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Komuniti & Perpaduan manakala penutupannya pula disempurnakan oleh Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh.

Program yang dihadiri oleh Ahli Jawatan Perwakilan Penduduk dan wakil zon ini merupakan salah satu usaha yang dirancang MBI bagi memenuhi tanggungjawab sosial dalam memastikan masyarakat bersama PBT dlm usaha menggalakkan pelaksanaan urban farming di kalangan warga kota Ipoh.

Walaupun program ini hanya sehari, namun ianya menjadi titik-tolak dalam melahirkan kesedaran dan meningkatkan kemahiran para peserta dalam mengusahakan urban farming dengan cara yg betul. Ini dapat dilihat melalui kehadiran peserta seramai 86 orang  melebihi sasaran peserta seramai 60 orang.

Program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara komuniti dengan PBT untuk bekerja dalam satu pasukan untuk menangani isu-isu kesejahteraan bandar dan pembangunan serta membudayakan kehidupan yang lestari dan sihat.

Dalam ucapan perasmian penutup, Dato' Rumaizi berharap agar apa yang dipelajari dalam ceramah dan latihan oleh Jabatan Pertanian Negeri Perak dan Pejabat Tanah dan Galian berkaitan guna tanah dan polisi serta vertical farming dapat digunapakai dan diaplikasikan di kawasan masing-masing.

Menurut beliau lagi,  tujuan program ini dianjurkan adalah untuk memberi maklumat yang lebih telus mengenai isu-isu tanah terbiar dan tidak terurus serta cara-cara mengusahakan kebun komuniti dengan pelbagai pendekatan.

Selain darioada itu, negara memikirkan bagaimana membantu rakyat menyediakan diri diri dalam mendapat sumber makanan seperti sayur-sayuran dengan cara yang lebih kreatif tanpa menebang hutan membuka kawasan baru bagi pertanian bagi mengelak kepanassn global. Menurut beliau lagi, adalah lebih baik rakyat menggunakan tanah2 terbiar dan bangunan2 lama  untuk mengusahakan kebun bandar serta menaikkan ekonomi penduduk setempat sepertimana yang dilakukan di Taiwan. Hasil tananan yang diusahakan juga boleh ditambah nilai dengan pengeluaran produk daripada hasil tanaman tersebut.

Semoga program ini akan membantu MBI merealiasikan hasrat kerajaan dalam membantu meningkatkan ekonomi warka kota Ipoh.