MENU

Dalam usaha memutuskan rantaian pandamik Covid19, MBI mensyaratkan pembersihan dan nyah kuman (disinfeksi) mengunakan cecair pencuci dengan  menggunakan khidmat syarikat-syarikat swasta yang berpengalaman dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Walaubagaimanapun, MBI tidak pernah melantik mana-mana syarikat swasta sebagai agen dan wakil tunggal  untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan nyah kuman (disinfeksi) bagi pihak MBI.

Wargakota Ipoh dinasihatkan tidak terpengaruh dengan usaha-usaha beberapa pihak syarikat swasta yang mengaku sebagai agen MBI dalam menjalankan kerja-kerja sanitasi.

MBI tidak pernah memberi kebenaran penggunaan logo rasmi dalam dokumen kepada mana-mana syarikat swasta.

Untuk keterangan lanjut, wargakota Ipoh boleh menghubungi
05-208 3287/3290/3289/3286