MENU
21 Oktober 2020 - Y.Bhg.Dato' Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menghadiri Sidang Video Mesyuarat TPO pada pagi tadi yang turut melibatkan Ahli-Ahli Mesyuarat daripada Majlis Perbandaran Taiping, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Majlis Daerah Kampar, Majlis Perbandaran Manjung, Majlis Daerah Batu Gajah, dan Taiping Tourism Assosiation.
 
En. KT Pillai telah bertindak sebagai moderator pada sesi pertama yang membincangkan langkah-langkah yang diambil dalam industri pelancongan ketika menghadapi pendemik Covid 19 manakala moderator bagi sesi kedua adalah Dr. Kevin Lazarus dari Taiping. Sesi ini membincangkan tentang program-program TPO yang sedang dan akan dilaksanakan pada tahun 2021.
 
TPO yang berpusat di Busan, Korea akan terus beroperasi dan berurusan secara webinar di sepanjang tempoh pandemik Covid 19.
 
Semoga promosi antara bandar ahli TPO akan terus dilaksanakan di sepanjang tempoh pandemik Covid 19 dalam menarik kehadiran pelancong di kalangan bandar ahli selepas pandemik Covid 19 berakhir.
TPO mempunyai 130 ahli dari 16 buah negara.