MENU

 

MBI akan menganjurkan Majlis Perasmian Air Pancut Bulatan Sultan Yussuf jam 8.45 malam pada 31 Oktober 2020 (Sabtu).

Ia akan dirasmikan oleh YB Dato' Nolee Ashilin binti Mohammed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak. Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh.

Memandangkan program ini diadakan ketika pandemik Covid melanda dunia, maka kehadiran terhad kepada jemputan sahaja.

Wargakota boleh mengikuti majlis perasmian ini melalui FB Live di Facebook MBI mulai jam 8.30 malam.

MAJLIS BANDARAYA IPOH