MENU
31 Oktober 2020 - Seramai 37 pengiat industri pelancongan dan 48 Belia Daerah Kinta telah menyertai Sesi Townhall Pelancongan Dan Belia Bandar Raya Ipoh pada pagi tadi.
 
Program yang berlangsung di Bilik Gerakan, Tingkat 2 dan Dewan Azlan Shah, Tingkat 10, Bangunan MBI telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh.
 
Program sehari ini diadakan bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan kejayaan dalam industri pelancongan serta membincangkan permasalahan yang dihadapi dalam tempoh penularan pandemik COVID 19 serta hala tuju pelancongan dan belia khususnya di negeri Perak.
 
Seramai 8 panel telah dijemput dalam sesi Townhall ini dan antaranya adalah dari Tourism Perak, Sunway Lost World of Tambun, Pusat Aspirasi Anak Perak serta usahawan-usahawan terpilih di negeri Perak.
Program ini diharap akan meningkatkan pembangunan belia dan pelancongan di negeri Perak.