MENU

2 November 2020-Tuan Haji Musa bin Dun, Pengarah Kanan (Perkhidmatan  & Operasi) MBI telah mewakili MBI dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Eksekutif MALA Bil. 4/2020 petang tadi.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Y.Bhg Dato' Aw Yew Tung Seng, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang merangkap Presiden MALA.
 
Semua Ahli Jawatankuasa (AJK) telah menyertai mesyuarat tersebut termasuk TPr Puan Noraini binti Roslan, Datuk Bandar Subang Jaya.

Sidang video yang bermula jam 2.30 petang ini telah membincangkan mengenai perjalanan aktiviti MALA dan persiapan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan yang dijadualkan berlangsung pada 28 November, 2020 bertempat di UTC Perak.

MALA kini disertai oleh lebih 100 ahli dari Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Malaysia.

Semoga sidang video seumpama ini akan terus dipraktiskan bagi memastikan pengurusan dan perjalanan aktiviti MALA berjalan lancar walaupun dalam tempoh pandemik Covid 19 yang sedang melanda negara kita dan seluruh dunia pada masa ini.