MENU

2 Disember 2020 - MBI telah menganjurkan Seminar Kesedaran Kepentingan  Pengurusan Tenaga secara atas talian bersama Malaysia Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) petang tadi.

Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg.Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dan Yang Berusaha Puan Hajjah Zuraina binti Kamarul Ariff, Setiausaha Bandaraya.

MBI adalah salah satu dari 3 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)  yang terpilih bagi menyertai projek  MyRelamp yang mana projek ini merupakan projek rintis  bagi pelaksanaan Perolehan Hijau Kerajaan (GGP) di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan bagi menyokong inisiatif Bandar Rendah Karbon.