MENU
 
3 Disember 2020 - Pasar Ayam Ipoh di bawah kendalian Majlis Bandaraya Ipoh menjadi pasar pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi robotik dalam menyelesaikan isu kebersihan dan pengangkutan barang di dalam kawasan pasar.
 
Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC).
 
Penyelesaian permasalahan pasar basah yang menggunakan teknologi robotik ini dibiayai melalui peruntukan sandbox di bawah MOSTI.
 
Terdapat 4 jenis robot yang kini sedang diujicuba di Pasar Ayam Ipoh iaitu robot mencuci lantai, robot mengangkut barang, kenderaan mengangkut barang dan robot mengambil sampah.
 
Kesemua alat robotik ini dijangka siap diujicuba dalam jangkamasa terdekat dan beroperasi sepenuhnya pada 15 Disember 2020.
 
Untuk makluman, Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) merupakan sebuah agensi pembangunan dan pengkomersilan teknologi di bawah MOSTI yang memainkan peranan sebagai rakan pembiayaan utama bagi program National Technology & Innovation Sandbox ini akan menyediakan pembiayaan serta membantu menjayakan pembangunan teknologi automasi bagi projek ini.
 
Semoga penggunaan teknologi robotik ini akan membuka lembaran baru khususnya dalam pengurusan pasar yang lebih sistematik dan terkini.