MENU

6 Disember 2020 - 22 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Dakwah Islam telah menyertai Sessi Dialog Bersama Datuk Bandar dan NGO Islam Negeri Perak bagi halatuju Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera di Bilik Gerakan, Tingkat 2, Bangunan MBI, Jalan Sultan Abdul Jalil pagi tadi.

Program anjuran Majlis Bandaraya Ipoh dengan kolaborasi Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
ini turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh,  Y.Bhg. Clr. Dato' Mazlan Bin Abdul Rahman, Ahli Majlis MBI, Clr. Tuan Haji Abu Bakar bin Hussian, Ahli Majlis MBI,
Professor Dr. Ahmad Husni bin Haji Hasan, Pensyarah Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar, Tpr. Haji Zainal bin Abdul Hamid, Pengarah Perancang Bandaraya serta turut disertai secara webinar oleh Ahli Majlis MBI, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.

Sessi dialog tersebut yang dikendalikan oleh Moderator Tpr. Haji Zainal bin Abdul Hamid, Pengarah Perancang Bandaraya bertujuan untuk berkongsi pandangan bagi merealisasikan hasrat menjadikan Ipoh sebuah Bandaraya Bestari  Sejahtera.

Sessi tersebut telah dibahagikan kepada 3 sessi yang mana sessi pertama adalah pembentangan mengenai Ipoh Bandaraya Bestari  Sejahtera oleh Encik Berhanuddin Bin Ahmad, Pensyarah USAS.

Sessi kedua pula melibatkan sessi  bertukar pandangan yang melibatkan Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, Clr. Tuan Haji Abu Bakar bin Hussian, Ahli Majlis MBI dan
Professor Dr. Ahmad Husni bin Haji Hasan, Pensyarah Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar yang dikendalikan oleh Tpr. Haji Zainal bin Abdul Hamid, Pengarah Perancang Bandaraya seterusnya sessi  ketiga dan terakhir  pula adalah soal jawab.

Semoga sessi dialog ini akan menjadi pemangkin  kepada sessi-sessi perbincangan seterusnya dalam merealisasikan hasrat menjadikan Ipoh sebuah Bandaraya Bestari Sejahtera.

MAJLIS BANDARAYA IPOH