MENU
 
9 Disember 2020 - Y.Bhg. Datuk Alex Khaw, Ketua Pegawai Operasi Scientex Quatari Sdn. Bhd telah menyampaikan sumbangan 400 kotak penutup muka dan hidung (20,000 penutup muka dan hidung), 30 botol pembasmi kuman (sanitizer) dan 10 kotak air mineral dalam usaha membantu MBI menangani penularan wabak Covid-19 di Bandaraya Ipoh.
 
Barangan tajaan tersebut telah diterima oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh pada pagi tadi. Ia turut dihadiri oleh Puan Zuraina binti Kamarul Ariff, Setiausaha Bandaraya
Barangan tajaan tersebut akan dapat membantu pihak MBI dalam usaha untuk membasmi penularan jangkitan kuman Covid-19 di Bandaraya Ipoh.
 
Lebih banyak agensi swasta lagi diharap akan menyumbangkan barangan kesihatan seumpama ini kepada pihak MBI bagi memastikan Bandaraya Ipoh sentiasa bersih dan terhindar dari wabak Covid-19 ini.
Semoga kerjasama berpasukan antara pihak MBI dan Scientex Quatari Sdn. Bhd ini akan menjadi pemangkin untuk menjadikan Ipoh Bandaraya yang Bersih, Hijau dan Maju.