MENU

15 Disember 2020 - Y.Bhg. Dato' Mazlan bin Abdul Rahman, AhliMajlis MBI telah menyempurnakan Majlis Penyerahan 2 Tong Sampah Mild bin 660 liter kepada En. Shamsudin Ramli, Ridzuan Zabidin, Shamsuri dan Safari Hamdan, Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung Ulu Chemor pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh Encik Manisegaran a/l Subramanian, Ketua Penolong Pengarah Kesihatan MBI dan penduduk Kampung Ulu Chemor.

Penyerahan tong sampah tersebut bagi memastikan kawasan berkenaan sentiasa dalam keadaan bersih, ceria dan sejahtera.Semoga penyerahan tong sampah berkenaan akan menjadi titik tolak dalam mencapai hasrat menjadikan Ipoh sebuah Bandaraya yang Bersih, Hijau dan Maju.