MENU

26 Disember 2020 - Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan Pra Pelancaran Petting Zoo di Taman Rekreasi Gunung Lang pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh En.Mohd Syariff bin Yahaya, Pengusaha Petting Zoo, Cik Nurmalis Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Clr. Dato' Mazlan bin Abdul Rahman, AhliMajlis MBI, Puan Hajjah Zuraina binti Kamarul Ariff, Setiausaha Bandaraya, AhliMajlis, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.

Petting Zoo tersebut akan mula dibuka pada 26 Disember 2020 dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

Harga tiket yang dikenakan hanyalah RM6.00 untuk dewasa dan kanak-kanak warganegara Malaysia manakala RM10.00 bagi warganegara asing. Kanak-kanak yang berumur
2 tahun ke bawah tidak dikenakan sebarang bayaran.

Semoga pembukaan Petting Zoo di Taman Rekreasi Gunung Lang ini akan menjadi salah satu produk pelancongan di Bandaraya Ipoh.