MENU

29 Disember 2020- YAB Dato’ Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan telah hadir bagi menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Kolaborasi antara MBI, Bond Holdings  Sdn. Bhd & Sycal Berhad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh petang tadi.

Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md. Daud, Datuk Bandar Ipoh, YB Datuk Mohammad Zahir bin Abdul Khalid, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan, YB Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Mantan Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Y.Bhg. Tan Sri Ali bin Hamsa, Mantan Ketua Setiausaha Negara,  Encik Ong Teng Boon, Ketua Pegawai Eksekutif Bond Holdings Sdn.Bhd dan Dato' Seow Yong Chin, Pengarah Urusan Sycal Berhad.

Majlis kolaborasi tersebut melibatkan tiga pihak iaitu MBI selaku pemilik tanah, Bond Holdings  Sdn. Bhd sebagai pengurus Bond Suites dan Sycal Berhad pula sebagai pengurus IICC.

Tujuan utama kolaborasi berkenaan adalah untuk menjayakan pengurusan Ipoh International Convention Centre (IICC). Dengan keluasan 28,0000 kaki persegi yang merangkumi Dewan Bankuet yang boleh digunakan untuk acara makan malam tahunan, ceramah korporat, pameran perdagangan, bazar komuniti, persidangan bengkel dan lain-lain aktiviti.

Bond Holdings Sdn.Bhd pula akan menguruskan Bond Suites, service suites yang terunggul di Bandaraya Ipoh. Bond Suites ini juga mempunyai pelbagai kemudahan dengan lokasinya yang strategik serta menawarkan gaya hidup bandar yang sempurna.

Bond Suites yang terletak bersebelahan dengan Ipoh International Convention Centre (IICC) akan menyediakan kemudahan “Co-Working Space”. Ruang kerja yang lengkap dan ideal untuk para professional muda yang inginkan gaya hidup yang kondusif dalam kehidupan seharian. “Co-Working Spcae ini juga dilengkapi dengan sambungan internet yang pantas, kemudahan menarik dan persekitaran rangkaian yang sangat baik. Ianya dijangka mampu menarik anak-anak muda untuk tinggal dan bekerja di Perak.

Dengan lokasinya yang strategik dan kelengkapan yang lengkap sememangnya akan menjadikan Bond Suite sebagai satu pelaburan yang baik yang seterusnya memberi penjenamaan baru kepada Bandaraya Ipoh.