MENU
Bengkel Hakcipta dan Bikin Video Muzik yang dijadualkan pada 16-17 Januari 2021 jam 9.00 pagi-6.00 petang di Dewan Bandaran Ipoh akan ditunda ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Ini berikutan pengumuman Kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bemula 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021 yang melibatkan tiga peringkat pelaksanaan seperti berikut:
(i). Pertama - PKP ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah;
(ii) Kedua, PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan;
(iii) Ketiga, PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak.