MENU

Majlis Bandaraya Ipoh dan Luncai Emas Sdn Bhd dengan kerjasama FINAS dan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) akan menganjurkan Bengkel Hakcipta dan Bikin Video Muzik.

Bengkel yang akan berlangsung pada 27-28 Mac, 2021 (Sabtu-Ahad) jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang di Dewan Bandaran Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh ini hanya terhad kepada 150 penyertaan sahaja dengan yuran penyertaan sebanyak RM30.00 setiap peserta.

Sham Amir Hussain (Penerbit Eksekutif Luncai Emas) akan menjadi moderator bengkel ini yang turut melibatkan ahli-ahli panel berpengalaman termasuk Y.Bhg. Dato' Jurey Latiff, (Pengarah Filem) Jennifah Johari (Pengarah Hakcipta) dan Keon Omar (Pengarah Produksi Luncai Emas).

Bengkel ini akan turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' M.Nasir sebagai jemputan khas.

Ianya terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 16 hingga 60 tahun dan boleh mendaftar dengan menghubungi talian 05-2083250.

Semoga bengkel ini akan melahirkan youtuber yang dapat menjana pendapatan melalui saluran yang betul dengan cara yang tepat.