MENU

7 Mac 2021 - YAB Dato' Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak telah merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Tempat Rehat dan Rawat Rider (3R) yang pertama di Malaysia di Pusat Bandar Ipoh (berhadapan Ipoh Parade) petang tadi.
 
Ia turut dihadiri oleh YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Tuan Haji Razman bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak, Y.Bhg.Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dan Clr. Dato Mazlan bin Abdul Rahman, Ahli Majlis MBI.
 
MBI telah mengenalpasti 7 lokasi di sekitar bandaraya Ipoh yang sesuai untuk dibina binaan tempat Rehat dan Rawat Rider (3R) ini iaitu:
i. Pusat Bandar (berhadapan Ipoh Parade);
ii. Meru Raya (berhadapan McDonalds Meru Raya);
iii. Jelapang (berhadapan Old Town White Coffee Pusat Komersial Jelapang);
iv. Tasek (berhadapan Pizza Hut & KFC Pusat Perdagangan Tasek);
v. Ipoh Garden (Kawasan lapang berhampiran Tesco Ipoh Garden);
vi. Medan Gopeng (Berhadapan McDonalds & StarBucks Coffee);
vii. Station 18 (Kawasan lapang tempat letak kereta berhampiran Tesco).
 
Projek yang berobjektif untuk memberi kemudahan tempat letak kenderaan, ruang rehat, tandas dan ruang solat kepada pekerja- pekerja perkhidmatan penghantaran makanan di sekitar bandaraya Ipoh akan dimulakan pembinaannya pada 5 Mac 2021 dan dijangka siap dalam tempoh 8 minggu.
 
Projek yang melibatkan kos RM 499,478.00 (RM 71,354.00 seunit) ini akan melibatkan pembinaan
sebuah struktur binaan yang merangkumi tempat letak kenderaan, ruang rehat, tandas, ruang solat serta kiosk berkeluasan 50meter persegi berkonsepkan ‘Green Building’.
 
Pelaksanaan projek ini diharap akan memberi manfaat kepada lebih 1,600 pekerja perkhidmatan penghantaran makanan di sekitar Bandaraya Ipoh.