MENU

8 Mac 2021-250 peserta dari pelbagai NGO, agensi swasta dan kerajaan telah menyertai International Women's Day Seminar 2021 anjuran Majlis Bandaraya Ipoh dan Junior Chamber International (JCI) Ipoh pagi tadi di Ipoh International Convention Centre (IICC).

Ia telah dirasmikan oleh YB Dato' Muhammad Zahir Abdul Khalid, Speaker DUN Perak. Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg.Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dan Dr. Carrine Teoh, Penasihat Projek, Junior Chamber International (JCI) Ipoh dan Encik Carson Chong, Presiden JCI Ipoh.

Puan Zuraina binti Kamarul Ariff, Setiausaha Bandaraya adalah antara speaker seminar berkenaan.

Semoga seminar ini akan membantu membangun dan mengembangkan lagi bakat yang ada di kalangan wanita khususnya di Bandaraya Ipoh.