MENU

11 Mac 2021-300 warga MBI telah menyertai Sambutan Isra' dan Mikraj Peringkat MBI pagi tadi. Ia turut dihadiri oleh  Ahli Majlis, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.

Sambutan tersebut telah dimulakan dengan bacaan doa dan tilawah Al-quran  yang dibacakan oleh Ustaz Haji Radhi bin Kamarul Hailan, Qari Jemputan dan seterusnya ucapan Clr. Tuan Haji Abu Bakar bin Hussian, AhliMajlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam MBI dan Perutusan Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh.

Dalam perutusan Datuk Bandar, beliau menyeru warga MBI yang beragama Islam agar memperkasa agenda Islam  dalam pembangunan negara khususnya di Bandaraya Ipoh.

Beliau juga turut mengingatkan kembali akujanji warga MBI yang beragama Islam agar memberikan komitmen yang tinggi dalam mentadbir dan memakmurkan Bandaraya Ipoh selari dengan tuntutan Al-quran dan sunnah.

Semoga sambutan Isra' dan Mikraj ini akan menjadi pemangkin dalam mencapai hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Terbersih 2023, Bandaraya Pintar dan Rendah Karbon 2030.