MENU
19 Mac 2021 - Puan Zuraina binti Kamarul Ariff, Setiausaha Bandaraya telah diraikan dalam Majlis Persaraan Jasamu Dikenang petang tadi.Selepas itu, beliau telah mengetip buat kali terakhir di Majlis Bandaraya Ipoh. Beliau telah bertugas selama 31 tahun di Majlis Bandaraya Ipoh.
 
Untuk makluman, Hajjah Zuraina binti Kamarul Ariff telah dilantik sebagai Setiausaha Bandaraya pada 1 Julai 2020. Dilahirkan pada 21 Mac 1961 di Bagan Serai, Perak. Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Jurutera Tingkatan Biasa di Perbadanan Kemajuan Negeri Perak pada tahun 1988.
 
Beliau mula berkhidmat di Majlis Bandaraya Ipoh pada 15 November 1990 sebagai Jurutera Tingkatan Biasa J3 dan seterusnya sebagai Pengarah Kejuruteraan Bandaraya (Jurutera J48) pada 1 Januari 2011 dan Pengarah Kanan (Infrastruktur & Operasi) (Jurutera J52) pada 15 November 2018.
 
Beliau berkelulusan Ijazah Kejuruteraan, Kejuruteraan Awam (Kepujian) dari Universiti Middlesex, London, United Kingdom sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Master of Science (Pengurusan Projek) di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
 
Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik sebagai Setiausaha Bandaraya ialah sebagai Pengarah Kanan (Infrastruktur & Perancangan) (Jurutera J54) pada 15 November 2019.