MENU
23 Mac 2021 - YAB Dato' Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak telah melancarkan Pelan Tindakan Bandar Pintar Ipoh di Hotel Kinta Riverfront pagi tadi.
 
Terdapat 3 Sesi MOU telah ditandatanganidi majlis tersebut iaitu Sesi MOU Bersama Universiti Sultan Azlan Shah berkaitan Kajian Pelaksanaan Ipoh sebagai Bandaraya Bestari Sejahtera, Sesi Menandatangani Sare Bersama TNB Berhad berkaitan Pemasangan Sistem Bumbung Solar di Bangunan UTC Perak dan Sesi MOU bersama Sunway berkaitan cadangan menaiktaraf sebahagian Jalan Tambun.
 
MBI merupakan PBT pertama di negeri Perak yang menandatangani MOU bersama TNB Berhad manakala UTC Perak pula merupakan UTC pertama di Malaysia yang memasang Sistem Bumbung Solar di Bangunan UTC Perak.
 
Semoga majlis ini akan merealisasikan hasrat MBI untuk menjadikan Ipoh sebuah Bandaraya Pintar 2030.