MENU
Pada setiap tahun, sepanjang sambutan bulan ramadhan (kecuali pada tahun 2020m / 1441H) , Pentadbiran Majlis menganjurkan Bazar Ramadhan di sekitar Bandaraya Ipoh yang melibatkan di antara 20 hingga 25 lokasi. Bagi tahun 2021 ini, Pihak Majlis akan mengadakan sebanyak 25 lokasi untuk di buka kepada peniaga bagi menjalankan perniagaan sepanjang bulan ramadhan 1442H.
Penganjuran bazar ramadhan sebelum ini di uruskan dan di kawal selia oleh Jabatan Kesihatan & Perkhidmatan Perbandaran MBI. Namun sejak tahun 2016, penganjuran Bazar Ramadhan telah di serahkan sepenuhnya kepada penganjur yang di lantik. Penganjur yang terlibat termasuklah dari kalangan Persatuan Penjaja, Jawatankuasa Pentadbiran Masjid / Surau, Koperasi Peniaga dan juga Jawatankuasa Rukun Tetangga.
Oleh itu, bagi penganjuran Bazar Ramadhan tahun 2021M/1442 H kali ini, pengurusan penganjuran akan di serahkan sepenuhnya kepada penganjur yang, berkreadebiliti, berpengalaman dan mempunyai rekod penganjuran yang baik pada tahun-tahun sebelumnya. Senarai penganjur Bazar Ramadhan bagi tahun 2012M/ 1442H adalah seperti di lampiran. Walau bagaimanapun, aktiviti pemantauan dan kawalan terhadap operasi Bazar Ramadhan tahun ini masih di jalankan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Kesihatan Awam Dan Perkhidmatan Perbandaran serta Jabatan Pelesenan Dan Penguatkuasa MBI.
Kadar lesen yang ditetapkan adalah sebanyak RM40/petak/penjaja dan pihak penganjur di benarkan mengenakan kadar caj maksimum sebanyak RM750.00 kepada setiap penjaja merangkumi bayaran khemah, bayaran lesen dan bayaran caj pembersihan. Semua penjaja dikehendaki menjelaskan bayaran lesen kepada Majlis, manakala untuk lain-lain bayaran di uruskan secara terus kepada pihak penganjur.
Aktiviti Bazar Ramadhan pada tahun ini akan melibatkan sebanyak 1,065 lot petak niaga di 25 lokasi dengan pengamalan norma baharu berikutan penularan wabak covid 19 melalui pematuhan sepenuhnya terhadap Standard Operating Prosedur (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara, Negeri Perak. Antaranya termasuklah penjarakan fizikal antara satu petak niaga sejauh 3 meter, penguatkuasaan pemakaian pelitup muka dan sarung tangan di kalangan penjaja dan setiap lokasi Bazar Ramadhan di wajibkan menyediakan peralatan pengimbas suhu badan, QR Code, hand sanitizer, dan lain-lain yang di wajibkan di pintu masuk lokasi Bazar Ramadhan.
Penjaja yang berminat untuk menjalankan perniagaan di Bazar Ramadhan di kawasan pentadbiran Majlis hendaklah:
6.1 Seorang yang sihat,
6.2 Tidak bergejala,
6.3 Telah mendapatkan suntikan anti typhoid
6.4 Telah menghadiri krusus pengendali makanan dan
6.5 Berpengalaman dalam menjalankan aktiviti
perniagaan makanan.
Pihak penganjur juga turut diminta untuk memastikan kelancaran perjalanan Bazar Ramadhan seperti penjarakan fizikal antara pelanggan serta aspek kebersihan tapak bazar yang di anjurkan pada setiap masa.
Pihak Jabatan Kesihatan Awam Dan Perkhidmatan Perbandaran bersama Jabatan Pelesenan Dan Penguatkuasa akan memantau aktiviti Bazar Ramadhan kali ini dari masa ke semasa agar ianya berjalan dengan lancar, selamat dan beroperasi dengan baik dengan melalui amalan norma baharu.
Untuk Bazar Ramadhan pada tahun ini, Majlis Bandaraya Ipoh dengan kerjasama Maybank Berhad akan memperkenalkan "Bayaran Tanpa Tunai" di hampir semua lokasi Bazar Ramadhan dibawah seliaan Majlis. Pengunjung dan peniaga Bazar Ramadhan adalah di alu-alukan untuk menggunakan aplikasi "e Wallet" sejajar dengan hasrat Majlis ke arah Bandaraya "Smart City".