MENU
26 Mac 2021 - Sesi menandatangani Memorandum Of Understanding (MOU) bagi projek Pertanian Bandar “Urban Farming” di Kaki Gunung Masoorat, Ipoh, Perak melibatkan pimpinan pihak Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP), Tuan Haji Yahanis Bin Yahya yang berkolaborasi bersama Green Valley Agriculture, Encik Lim Vee Shen dan Rymba Management & Leisure Sdn Bhd, Encik Megat Mohd Shahrin Bin Mohd Hamdan telah diadakan di Bilik Mesyuarat UTC Perak, Ipoh pagi tadi.
 
Idea konsep pertanian bandar ini tercetus semasa penularan wabak COVID-19. Ini disebabkan tiada pergerakan import dan export bahan-bahan mentah dan menyebabkan berlakunya kekurangan sumber makanan. Selain itu, ramai penduduk kehilangan kerja dan sumber pendapatan. Jadi, ini merupakan salah satu cara untuk membantu penduduk dan meningkatkan hasil ekonomi melalui konsep pertanian bandar,
Terdapat 5 kawasan di kaki gunung yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Perak (MMK) pada 5 Ogos 2020 (Rabu) bagi pelaksanaan projek pertanian bandar.
 
Antara kaki gunung yang terlibat ialah Kaki Gunung Masoorat, Gunung Rapat, Gunung Panjang, Gunung Liang, Gunung Gunting. Kaki Gunung Masoorat merupakan salah satu daripada kajian pertama “Pilot Survey” bagi projek pertanian bandar. Keseluruhan Gunung Masoorat berkeluasan sebanyak 17.663 ekar dan terletak berdekatan dengan Kampung Kepayang dan Gunung Lang.
 
Cadangan yang akan dilaksanakan di Kaki Gunung Masoorat yang diterajui oleh pimpinan pihak Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) dengan kerjasama pihak Rymba Management & Leisure Sdn Bhd adalah Rock Climbing. Dengan aktiviti ini, ia dapat menjadikan Kaki Gunung Masoorat itu sebagai salah satu tempat Eko-Pelancongan yang menarik pengujung. Selain itu, usahasama dengan pihak Green Valley Agriculture turut dilakukan melalui cadangan Tanaman Hidroponik dan Fertegasi yang akan dilaksanakan di kawasan kaki Gunung Masoorat.
 
Dengan adanya jalinan mesra yang terjalin di dalam projek pertanian bandar ini, ia dapat memupuk kesedaran dan minat terhadap kepentingan pertanian sebagai penyumbang terus kepada kesejahteraan serta menyokong usaha Kerajaan di dalam menjamin kualiti dan sekuriti makanan sekaligus dapat memenuhi hasrat Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh menjadikan Ipoh Bandaraya Terbersih 2023.