13 April 2021-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh turun padang ke Bazar Ramadan Stadium Perak petang tadi. Bazar Ramadan di Bandaraya Ipoh pada tahun ini akan melaksanakan Bayaran Tanpa Tunai (e-wallet) hasil kerjasama MBI bersama MAYBANK. Ini adalah hasil daripada salah satu inisiatif di bawah program Bandar Pintar Ipoh 2030.
Program e-wallet bersama Maybank merupakan salah satu quick win di dalam pelaksanaan projek Bandar Pintar Ipoh.
Antara kelebihan E-wallet ini adalah:
- Kawasan perniagaan / gerai / tumpuan pelancongan yang dilengkapi kemudahan pembayaran e-wallet;
- Pengguna tidak perlu membawa wang yang banyak untuk berbelanja serta mempercepatkan transaksi;
- Mengurangkan risiko penipuan disebabkan oleh rekod perbelanjaan dapat dijejak dengan mudah serta membolehkan kawalan perbelanjaan;
- Menyediakan rebat bagi menggalakkan penggunaan e-wallet.
Tujuan pelaksanaan program e-wallet ini adalah untuk menggalakkan penggunaan transaksi secara digital bagi setiap pembelian barangan atau perkhidmatan.
Insentif kepada Peniaga:
- Jumlah bayaran diterima pada masa yang sama waktu pembayaran (on the spot);
- Layak untuk memenangi RM500 untuk setiap jualan tertinggi setiap minggu;
- Layak untuk memenangi RM1500 untuk hadiah utama (jumlah jualan tertinggi);
- Menerima 2 helai apron & mask secara percuma.
Insentif pada wargakota:
- Pembeli akan menerima 20% potongan harga untuk setiap 2 kali pembelian
Semoga inisiatif ini akan membantu MBI menjadikan Ipoh Bandar Pintar.