MENU

30 April 2021-Y.Bhg. Clr. Abu Bakar bin Haji Hussian, Ahli Majlis MBI Zon 21 mewakili Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Tong Sampah Secara CSR oleh LTC Alam Bersih Sdn. Bhd sempena Program Membudayakan Amalan Penggunaan Tong Sampah di kalangan warga Ipoh bagi meningkatkan persekitaran yang bersih di Desa Pakatan pagi tadi.

Sejumlah 1000 tong sampah diserahkan oleh syarikat LTC Alam Bersih secara CSR kepada penduduk Desa Pakatan manakala MBI pula telah mengagihkan 1,120 tong sampah di Bandar Baru Putra pada 3 April 2021.