MENU

28 Mei 2021-MBI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pembantu Penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh, Puan Noor Arifah binti Mohamad Yusop yang begitu prihatin dan komited menjalankan tanggungjawab beliau sebagai penjawat awam walaupun di luar skop kerja.

Tindakan beliau yang amat prihatin dalam memastikan keselamatan orang awam dengan membantu menangkap seekor ular di longkang berdekatan Stadium Azlan Shah pada 27 Mei 2021 bagi menyelamatkan pengguna jalan raya di lokasi tersebut dari sebarang kemalangan amatlah dikagumi.

Inilah sikap warga MBI yang patut dicontohi oleh seluruh wargakota Ipoh dalam memastikan Bandaraya Ipoh menjadi sebuah Bandaraya yang harmoni serta Sejahtera untuk semua.