MENU

31 Mei 2021-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh menyampaikan sijil penghargaan kepada Pembantu Penguatkuasa MBI, Puan Noor Arifah binti Mohamad Yusop yang prihatin dan komited menjalankan tanggungjawab beliau sebagai penjawat awam walaupun di luar skop kerja. Ia turut dihadiri oleh Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Encik Zulkifle bin Jaafar Sidek, Pengarah Khidmat Pengurusan dan Encik Ahmad Zaiyadi bin Sudin, Pengarah Pelesenan Penguatkuasaan Bandaraya.

Tindakan beliau yang amat prihatin dalam memastikan keselamatan orang awam dengan membantu menangkap seekor ular di longkang berdekatan Stadium Azlan Shah pada 27 Mei 2021 bagi menyelamatkan pengguna jalan raya di lokasi tersebut dari sebarang kemalangan amatlah dikagumi.

Inilah sikap warga MBI yang patut dicontohi oleh seluruh wargakota Ipoh dalam memastikan Bandaraya Ipoh menjadi sebuah Bandaraya yang harmoni serta Sejahtera untuk semua.