MENU
2 Jun 2021- Majlis Bandaraya Ipoh menjalankan disinfeksi di Pasar Simpang Pulai petang tadi.
 
Pasar Simpang Pulai adalah antara 19 buah pasar awam dan sebuah pusat sembelihan ayam disinfeksi oleh MBI mengikut jadual bulanan yang ditetapkan.
 
Kerja-kerja disinfeksi pasar awam telah bermula sejak awal pandemik Covid-19 lagi. Sejak 18 Mac hingga 31 Disember 2020, sejumlah 136 aktiviti disinfeksi di pasar awam telah dijalankan secara berkala.
 
Ia telah diteruskan pada tahun 2021 yang mana sejak 1 Januari hingga 31 Mei 2021, sejumlah 47 aktiviti disinfeksi telah dijalankan di pasar-pasar awam MBI.
 
Semoga kerja-kerja disinfeksi ini akan membantu mengatasi pandemik Covid-19.