MENU

DATUK BANDAR SAMPAIKAN SUMBANGAN 200 PEK MAKANAN KEPADA PENDUDUK PKPD

8 Jun 2021-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh  menyampaikan sumbangan 200 pek makanan daripada MBI dan  Pasaraya Econsave kepada penduduk Kg. Dato' Ahmad Said Tambahan 2, Kg. Sg Tapah Tambahan dan Kg Jelapang Jaya yang berada dalam kawasan PKPD di bawah program MBI Prihatin di Bilik Gerakan PKPD tengahari tadi.

Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada Encik Mohd Noor Azam bin Ismail, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kinta (Pembangunan).

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban penduduk Kg. Dato' Ahmad Said Tambahan 2, Kg. Sg Tapah Tambahan dan Kg Jelapang Jaya yang berada dalam kawasan PKPD.