MENU

DATUK BANDAR SAMPAIKAN SUMBANGAN 100 PEK MAKANAN & 100 PEK MANDIAN KEPADA WAKIL RUMAH PANGSA KINTA HEIGHTS, BUNTONG HARMONI & WALLER COURT

10 Jun 2021-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh  menyampaikan sumbangan 100 pek makanan dan 100 pek mandian daripada MBI dan Bonanza Venture Holdings (BVH) di bawah program MBI Prihatin kepada 6 orang wakil penduduk di Rumah Pangsa Kinta Heights Buntong  Harmoni dan Waller Court di hadapan Dewan Mesyuarat MBI pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh Encik Edwin Tan Beow Aik, Pengarah Eksekutif   dan Encik Wong Chih Hong, Pentadbir Operasi Golf & Komunikasi Pemasaran Bonanza Venture Holdings (BVH).

Antara barangan yang disumbangkan adalah beras, minyak masak, tepung gandum, sardin, gula, mandian, ubat gigi, berus gigi dan lain-lain lagi.

Pihak Bonanza Venture Holdings (BVH) turut menyumbangkan 150 pek makanan kepada warga MBI dan wargakota Ipoh yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Semoga sumbangan bantuan ini dapat meringankan beban penduduk di ketiga-tiga rumah pangsa di kawasan PKP 3.0.