MENU

11 Jun 2021-Majlis Bandaraya Ipoh telah memulakan pertanian bandar (urban farming) pada bulan Februari 2021 secara tradisi dan manual di Perpustakaan Tun Razak.

Ianya telah dijalankan oleh pegawai dan anggota PTR sebagai menyahut seruan Y.Bhg.Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh yang menggalakkan projek pertanian bandar di samping ke arah menghijaukan bandaraya Ipoh.

Dalam pada itu, ia juga dapat membantu anggota-anggota PTR mendapatkan sayur-sayuran secara percuma  yang mana ia dapat menjimatkan kos perbelanjaan harian mereka memandangkan kini masih berada dalam pandemik Covid-19.

Bagi memperkembangkan lagi projek pertanian bandar tersebut, pada bulan Mei 2021 pihak pengurusan PTR telah berjaya mendapat bantuan dari Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) untuk mempelajari cara penanaman teknologi hidroponik yg menggunakan tenaga solar.

Hasil daripada bantuan SADC, anggota-anggota PTR telah berjaya mengadakan 2 laman tanaman pertanian bandar iaitu tanaman tradisi dan tanaman hiroponik di perkarangan PTR. Antara tanaman berkenaan adalah
Kailan, cili, salad, bayam , halia , sawi  dan sayur-sayuran kampung.

Semoga projek pertanian bandar ini juga dapat memupuk kesedaran dan minat terhadap kepentingan pertanian sebagai penyumbang terus kepada kesejahteraan serta menyokong usaha kerajaan di dalam menjamin kualiti dan sekuriti makanan.