MENU

14 Jun 2021-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh  menyampaikan sumbangan 150 pek barangan keperluan harian daripada MBI dan Bonanza Venture Holdings di bawah program MBI Prihatin kepada 6 orang Ahli Majlis dan 5 wakil warga MBI di hadapan Dewan Mesyuarat MBI pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya.

Antara barangan yang disumbangkan adalah beras, minyak masak, tepung gandum, sardin, gula, ubat gigi dan lain-lain lagi.

Pihak Bonanza Venture Holdings turut menyumbangkan 100 pek makanan dan 100 pek mandian kepada penduduk di Rumah Pangsa Kinta Heights, Waller Court dan Buntong Harmoni.

Semoga sumbangan bantuan ini dapat meringankan beban warga MBI dan wargakota Ipoh yang terkesan dengan pandemik Covid-19.