MENU

25 Jun 2021-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh bersama Y.Bhg. Tan Sri Lee Oi Hian, Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) menyampaikan sumbangan 237 pek makanan daripada MBI dan KLK di bawah program MBI Prihatin kepada 3 orang wakil penduduk Rumah Pangsa  Waller Court di hadapan Dewan Mesyuarat MBI tengahari tadi.

Ia turut dihadiri oleh Clr Mohammad Iskandar bin Abdul Rahman, Ahli Majlis MBI dan Encik Har Wai Ming, Pengarah Pentadbiran KLK (Perladangan).

Semoga sumbangan bantuan ini dapat meringankan beban penduduk Rumah Pangsa Walier Court di kawasan PKP.