MENU

26 JUN 2021 | SABTU

Program Clr. Dato' Mazlan, Ahli Majlis MBI sempena  Ziarah Kasih ‘MBI Prihatin’ kawasan  Hulu Kinta

Alhamdulillah, Clr. Dato' Mazlan bin Abd. Rahman, Ahli Majlis MBI selesai mengadakan kunjungan dan menyerahkan sumbangan bantuan keperluan asas kepada keluarga Kelab Pesara-Pesara Tentera Tg. Damai seramai 75 orang yang telah  dikenalpasti yang memerlukan bantuan serta menghadapi kesusahan sepanjang musim PKP 3.0 kali ni.

Lokasi kali ni adalah di Taman Tanjung Damai, Tg. Rambutan dan Kampung Tersusun Batu 4, Bandar Baru Tambun.

Ia turut dihadiri oleh Mejar (B) Zul, JSPK Hj Ayub dan Kak Sofi KWC.
Pada masa yang sama, sumbangan pelitup muka juga turut disampaikan bagi membasmi penyebaran wabak pandemik COVID-19.

Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh para penerima.

#TerusBerbakti
#PrihatinMasyarakat