MENU
 
6 Julai 2021-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh bersama Encik Choong Jun Meng, Pengarah Boba Tea Sdn. Bhd menyampaikan sumbangan 125 pek makanan kering dan basah daripada MBI dan Boba Tea Sdn. Bhd di bawah program MBI Prihatin kepada Encik Ahmad Hirwan bin Othman, Pengerusi serta 4 Ahli Jawatankuasa Peniaga Gerbang Malam mewakili peniaga Gerbang Malam di hadapan Dewan Mesyuarat MBI tengahari tadi.
 
Ia turut dihadiri oleh Clr Tuan Haji Abu Bakar bin Hussian, Ahli Majlis MBI dan Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya.
 
Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh bersama Encik Choong Jun Meng, Pengarah Boba Tea Sdn. Bhd turut menyampaikan sumbangan 30 pek makanan kering dan basah kepada 5 orang wakil warga MBI serta 30 pek makanan kering kepada Encik Rosli Mansor, Presiden Kelab Sukan & Kebajikan Media Perak.
 
Semoga sumbangan bantuan ini dapat meringankan beban peniaga Gerbang Malam dan warga MBI di dalam tempoh PKP.