MENU
8 Julai 2021-MBI merupakan PBT pertama di Malaysia yang melaksanakan pengeluaran permit penjaja sementara (PPS) secara pandu lalu.
 
Proses pengeluaran permit tersebut diadakan secara pandu lalu di Persiaran ICC Bandaraya 2 pada setiap Khamis jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang dalam tempoh PPN Fasa 2 dan telah dimulakan pada hari ini 8 Julai, 2021.
 
Para pemohon dikenakan bayaran sebanyak RM10 bagi setiap permit dan akan mendapat kelulusan serta-merta secara proses pandu lalu.
 
Seramai 24 pegawai dan anggota Unit Pengurusan Penjaja, Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran MBI selaku Urusetia terlibat dalam pengeluaran permit tersebut. Ia turut dibantu oleh anggota penguatkuasa MBI bagi mengawal lalulintas dan aliran trafik serta Jabatan Perbendaharaan MBI bagi urusan pembayaran.
 
Semoga ia dapat memudahkan urusan wargakota Ipoh untuk menjalankan perniagaan dalam tempoh PPN Fasa 2 ini.