MENU

9 Julai 2021- Biarpun meletihkan, asalkan dapat menghulurkan bantuan kepada orang yang dalam kesusahan memberikan kegembiraan kepada saya.

Pada pagi ini, saya bersama rakan, Ricky Soong telah mengagihkan sayur-sayuran segar yang ditaja oleh seorang dermawan kepada tiga buah pertubuhan kebajikan masyarakat iaitu Pertubuhan Amal Ai Xin Fan Tong Ipoh, Pusat Jagaan 1 Malaysia Perak dan Rumah Kebajikan Orang-orang Tua Kg. Simee.

Di sebelah petang, saya menemani Datuk Bandar Ipoh untuk melawat sebuah keluarga di Bercham yang mengalami kesusahan hidup.

Seorang pemuda daripada keluarga itu telah lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Datuk Bandar telah menyerahkan sumbangan tunai kepada keluarga itu.

Semoga ia akan membantu meringankan beban wargakota Ipoh.