MENU

Dimaklumkan bahawa Pengurusan Majlis sedang melaksanakan kajian Analisa Persekitaran terhadap Organisasi Majlis Bandaraya Ipoh. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan pandangan warga bandar raya Ipoh bagi menyediakan kerangka penyampaian perkhidmatan yang efisien dan tersusun di Majlis Bandaraya Ipoh.

Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan kajian tersebut, Wargakota adalah dipohon dapat melengkapkan soal selidik ini secara atas talian sebelum atau pada 14 Julai 2021 (Rabu) seperti berikut:-

>>> HANTAR SOAL SELIDIK <<<

Terima Kasih di atas kesudian semua dalam memberi maklumbalas terhadap soal selidik. Harapan kami agar ia akan menjadi panduan dan penanda aras bg MBI mencorakkan Pembangunan Bandar Raya Ipoh yang menerapkan nilai2 murni menuju ke arah SDG Sustainable Development Goals.

 

Info dan pertanyaan boleh hubungi :
Urus Setia Bahagian Pengurusan Kualiti,
Unit Korporat dan Aduan Awam
Majlis Bandaraya Ipoh
No. Tel    : 05-208 3250
No. Faks : 05-208 3544
email: mbikualiti@gmail.com