MENU
Jumlah individu di negeri Perak yang mendaftar untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menerusi aplikasi MySejahtera masih belum mencapai sasaran yang ditetapkan.
 
Kerajaan negeri akan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan jumlah pendaftaran termasuk menggiatkan lagi kempen kesedaran agar rakyat membuat pendaftaran melalui MySejahtera. Kerajaan negeri juga akan bekerjasama semua agensi-agensi untuk sama-sama membantu dalam kempen ini.
 
Bagi menyokong inisiatif kerajaan negeri untuk meningkatkan jumlah pendaftaran vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera, Majlis Bandaraya Ipoh telah menyediakan beberapa syarat yang BERKUATKUASA pada 12 JULAI 2021 iaitu:
 
a) Setiap pelanggan yang ingin memasuki bangunan Majlis Bandaraya Ipoh untuk berurusan di kaunter dan temujanji, DISYARATKAN mendaftar vaksin imunisasi Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera;
 
b) Peniaga-peniaga yang ingin memperbaharui lesen perniagaan DISYARATKAN mendaftar vaksin imunisasi Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera;
 
c) Peniaga-peniaga yang ingin memohon Permit Penjaja Sementara DISYARATKAN mendaftar vaksin imunisasi Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera sebagai salah satu syarat permohonan;
 
d) Pegawai Majlis akan menyemak status pendaftaran vaksin MySejahtera pelanggan/peniaga sebelum berurusan di Majlis Bandaraya Ipoh;
 
e) Sekiranya pelanggan/peniaga TIDAK MENDAFTAR vaksin imunisasi covid-19 melalui MySejahtera, maka mereka TIDAK DIBENARKAN BERURUSAN dengan mana-mana jabatan di Majlis Bandaraya Ipoh; dan
 
f) Pihak Majlis akan membantu pelanggan/peniaga mendaftar vaksin imunisasi Covid-19 secara manual iaitu melalui borang atau atas talian sekiranya mereka tidak mempunyai telefon pintar (smartphone).
 
Harapan MBI agar warga bandar raya Ipoh khasnya dan negeri Perk amnya dapat meningkatkan pendaftaran vaksin imunisasi Covid-19 seterusnya mencapai 80% penduduk sudah menerima suntikan vaksin membolehkan penduduk menjalani kelangsungan hidup seperti biasa dan meningkatkan semula ekonomi negeri Perak.
 
Kerajaan dijangka mengeluarkan garis panduan kepada penerima yang sudah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 bagi memberi lebih kelonggaran kepada golongan berkenaan.