MENU
12 JULAI 2021- Clr Albert Ho bersama Outreach Team dari KKM telah ke Kg Tawas untuk memberi vaksin kepada seorang wanita warga emas yang terlantar di katil kerana sakit. Suami yang menjaganya turut diberi vaksin kerana tidak sihat dan tidak berupaya membawa isterinya ke PPV.
 
Keadaan ini memudahkan keluarga ini yang dapat menerima suntikan vaksin dirumah mereka. Terima kasih kepada team perubatan yang dipimpin oleh Dr Munirah atas usaha mereka.
 
Marilah bersama-sama kita terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang dalam kesusahan.