MENU

Program MBI Prihatin terus membawa manfaat kepada warga Ipoh. Clr Albert Ho telah menyerahkan sebuah khemah baru kepada Klinik Komuniti Bercham untuk menggantikan khemah yang telah rosak.

Menurut Clr Albert Ho, beliau dimaklumkan klinik tersebut memerlukan khemah baru untuk menampung kegunaan harian. Tambahan pula, ia amat diperlukan dalam musim hujan ini.

Dengan tindakan serta merta oleh Clr Albert Ho, sebuah khemah baru telah dihantar ke klinik tersebut.

Sumbangan itu disambut oleh Dr Syahril dengan penuh kesyukuran. Yang turut hadir ialah Pengerusi JPP ZON 11 En Cheng Ming Tat, setiausahanya En Chung Kok Heung dan AJK En Pheong Kwai Sung serta Ketua Kampung Bercham En Raymond Choo Kam Kau.