MENU
13 Julai 2021- Y.Bhg. Clr. Tuan Syed Mohd Noor Hisam Bin Syed Hassan, Ahli Majlis MBI bersama Mr. Chua Yong Chiang, Pengurus Besar Econsave Wilayah Utara 2 menyampaikan sumbangan barangan makanan di bawah program MBI Prihatin kepada Puan Sariah Ali di Jalan Perwira, Kampung Manjoi pagi tadi.
 
Ia turut dihadiri oleh Encik Mohd Kahar bin Mohd Soam, Ketua Kampung Manjoi dan Encik Shah Effendy bin Rosman, Pengurus Econsave Cawangan Jelapang.
 
Semoga sumbangan bantuan ini dapat meringankan beban wargakota Ipoh di dalam tempoh PKP.