MENU

22 Julai 2021-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar hadir ke Majlis Korban MBI anjuran  bersama MBI dan Persatuan Kebajikan Islam MBI (PERKIP) di Surau Al Ehsan pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh Tuan Haji Abu Bakar Hussian, Ahli Majlis MBI.

Kesemua daging daripada 7 ekor lembu yang dikorbankan telah diagihkan kepada petugas dan anggota MBI.

Datuk Bandar turut mengagihkan ikan kembung kepada anggota MBI bukan  Islam.