MENU
 
Majlis Bandaraya Ipoh telah menganjurkan Program Pendaftaran Vaksinasi Daerah Kinta sebagai satu usaha untuk membantu pihak Kerajaan Negeri Perak dan Pejabat Daerah Kinta untuk meningkatkan kadar pendaftaran orang awam untuk mendapatkan vaksinasi.
 
Program ini telah dijalankan serentak di dua buah rumahpangsa milik Majlis Bandaraya Ipoh pada hari Jumaat, 23 Julai 2021 mulai jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Jumlah pendaftaran adalah seramai 88 orang.
 
1. Tempat : Rumahpangsa Kinta Heights
Bilangan Pendaftaran : 63 orang
 
2. Tempat : Rumahpangsa Waller Court
Bilangan Pendaftaran : 25 orang