MENU

26 Julai 2021-Y.Bhg. Clr. Datuk Mazlan bin Abd Rahman, Ahli Majlis MBI mewakili Datuk Bandar Ipoh menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas daripada MBI dan Econsave di bawah program MBI Prihatin kepada Puan Letchimy a/p Muniandy di Bandar Baru Putra tengahari tadi.

Ia turut dihadiri oleh Encik Mohd Khairizul Bin Kamaludin, Ketua Jabatan, Econsave Cawangan Jelapang.

Semoga sumbangan bantuan ini dapat meringankan beban penduduk di Bandaraya Ipoh.