MENU

27 Julai 2021-Y. Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menjalankan cabutan kerja-kerja undi secara langsung melalui Facebook MBI petang tadi bagi mengurangkan interaksi sosial bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

Pelaksanaan kerja undi ini juga akan meningkatkan intergriti MBI dalam proses perolehan kepada para kontraktor.

Sejumlah RM7.86 juta peruntukan bagi 97 kerja akan dilaksanakan sebagai kerja undi yang mana terbuka kepada kontraktor yang berdaftar dengan CIDB G1 dalam daerah Kinta sahaja dan kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang seperti yang dinyatakan serta berdaftar di negeri Perak yang layak menyertai pada kali ini.

Walaubagaimanapun kontraktor yang telah mendapat kerja sehingga 22 Julai 2021 tidak akan terpilih dalam proses undi ini.
 
Nilai perolehan kerja undi ini juga adalah di bawah RM100,000.00 sejajar dengan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (PK 2.2 - Kaedah Pelaksanaan Perolehan/Projek Kerajaan Tahun 2021) yang telah dikeluarkan.

Peruntukan yang bernilai RM7.86 juta adalah dari KPKT (RM895 ribu), UPEN (RM66 ribu), MARRIS (RM3.34 juta) dan MBI (RM3.56 juta) yang melibatkan 7 kategori pengkhususan/kod bidang iaitu CE21 (kerja-kerja kejuruteraan awam (67 kerja), CE42 kerja mengecat jalan (7 kerja), B14 kerja mengecat bangunan (7 kerja), B24 kerja penyelenggaraan bangunan (6 kerja), KKM 070201 Membekal tanaman pokok (3 kerja), KKM 221402 Pengindahan kawasan(6 kerja), KKM 080101 membekal kelengkapan kemudahan awam (1 kerja).

Untuk makluman, Majlis telah memaparkan notis kerja undi ini melalui medium Portal Majlis, Facebook dan juga tweeter. Pendaftaran atas talian telah mula dibuka mulai 13 Julai 2021 (Selasa) tepat jam 8.00 pagi dan berakhir pada 22 Julai 2021 Khamis jam 12.00 tengahari.
 
Terdapat penyertaan kontraktor yang terpaksa ditolak, antaranya adalah disebabkan berdaftar dalam Gred G2 dan tiada bidang pengkhususan CIDB yang telah ditetapkan dan koding yang bersesuaian dengan KKM.

MBI berharap semoga adanya dana ini akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri Perak  bagi meringankan beban rakyat khususnya kontraktor G1 yang terkesan secara langsung dengan pandemik Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia.

 

SEMAK SENARAI KONTRAKTOR/PEMBEKAL BERJAYA KERJA UNDI SESI 23/02/21y