MENU
28 Julai 2021-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh menyampaikan sumbangan 480 barangan makanan daripada MBI dan Econsave di bawah program MBI Prihatin kepada Asisten Komisioner (ACP) Tuan Yahaya Hassan, Ketua Polis Daerah Ipoh petang tadi.
 
Ia turut dihadiri oleh Encik Chua Yong Chiang Pengurus Besar Econsave Wilayah Utara 2 dan Encik Shah Effendy Bin Rosman, Pengurus Econsave Cawangan Jelapang.
 
Sumbangan bantuan tersebut adalah sebagai tanda penghargaan MBI kepada pihak PDRM selaku salah satu barisan hadapan negara memerangi Covid-19.