MENU
28 Julai 2021-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh menyampaikan sumbangan 110 barangan makanan daripada MBI dan Econsave di bawah program MBI Prihatin kepada Tuan Syed Azizul bin Syed Tarmizi, Pegawai Pertahanan Awam selaku Pegawai Penyelaras Bekalan Makanan PKPD Medan Klebang Restu di SK Kelebang Jaya petang tadi.
 
Datuk Bandar bersama Ahli Majlis MBI Zon 5 turut meninjau Pusat Kawalan Keselamatan PDRM Medan Klebang Restu selepas majlis penyerahan sumbangan berkenaan.
 
Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Datuk Aminuddin bin Md Hanafiah, Pengerusi Yayasan Nurul Iman, Y.Bhg. Dato' Azizul Kama bin Abd Aziz, Ahli Majlis MBI Zon 5 (Meru/Meru Raya/Taman Jati/Kelebang), Encik Chua Yong Chiang, Pengurus Besar Econsave Wilayah Utara 2 dan Encik Shah Effendy Bin Rosman, Pengurus Econsave Cawangan Jelapang.
 
Semoga sumbangan bantuan tersebut dapat membantu meringankan beban penduduk yang terlibat dalam kawasan PKPD Medan Klebang Restu.