MENU

29 Julai 2021-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh menyampaikan sumbangan 480 barangan makanan daripada MBI dan Econsave di bawah program MBI Prihatin kepada Dr. Nirwan Bin Oksa, Pegawai Perubatan Dan Kesihatan di Pejabat Kesihatan Daerah Kinta merangkap Ketua Penyelaras PPV Sim tengahari tadi.

Ia turut dihadiri oleh Clr. Khoo Boon Chuan, Ahli Majlis MBI, Encik Chua Yong Chiang Pengurus Besar Econsave Wilayah Utara 2 dan Encik Shah Effendy Bin Rosman, Pengurus Econsave Cawangan Jelapang.

Sumbangan bantuan tersebut adalah sebagai tanda penghargaan MBI kepada petugas dan sukarelawan di PPV Stadium Indera Mulia yang merupakan barisan hadapan negara memerangi Covid-19.