MENU
5 Ogos 2021-3 wakil peniaga Memory Lane menerima 300 bakul makanan bernilai RM40 setiap satu bawah program MBI Prihatin. Sumbangan bakul makanan ini ditaja oleh M/S Fuze Development ZK Sdn Bhd.
 
Pada masa yang sama, Jawatankuasa Kebajikan Kemiskinan Bandar MBI di bawah Program MBI Prihatin turut menyumbangkan 10 almari dan sebuah mesin basuh kepada Rumah Teduhan Kelana iaitu Rumah Kebajikan yang terletak di Jalan Dato Onn Jaafar, menempatkan seramai 220 orang gelandangan lelaki di Bandar Raya Ipoh sejak beroperasi pada tahun 2017 berdasarkan rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak.
 
Untuk makluman, sejak pelaksanaan PKP pada 18 Mac 2020, MBI telah melancarkan Program MBI Prihatin yang mana setakat 4 Ogos 2021, lebih RM750 ribu telah dibelanjakan di bawah Program MBI Prihatin bagi membantu meringankan beban penduduk, peniaga serta warga MBI sendiri yqng dibiayai oleh MBI serta rakan strategik MBI, Econsave serta penaja seperti Kuala Lumpur Kepong (KLK) Berhad, Daboba Berhad dan Bonanza Ventures Holding Sdn Bhd (BVH).
 
Semoga lebih banyak lagi syarikat-syarikat dapat turut menyertai Program MBI Prihatin bagi bersama-sama memastikan kesejahteraan wargakota dalam mengharungi kehidupan dalam tempoh pandemik Covid-19.