MENU
12 Ogos 2021-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh menyampaikan sumbangan 110 bakul makanan kepada penduduk terkesan manakala 240 unit air mineral, maggi dan biskut pula kepada petugas barisan hadapan PKPD daripada MBI dan Econsave di bawah program MBI Prihatin kepada Kapt.(PA) Mohd Zaki bin Sueb, Pegawai Operasi APM Kinta di Pusat Kawalan Operasi Bersepadu PKPD Taman Meru 2B Dewan Serbaguna Taman Meru tengahari tadi.
 
Ia turut dihadiri oleh Clr. Dato' Azizul Kama bin Abd Aziz, Ahli Majlis MBI, Dr. Mohd Sani bin Kamaruddin, Penghulu Mukim Kinta dan Encik Chua Yong Chiang Pengurus Besar Econsave Wilayah Utara 2.
 
Sumbangan bantuan tersebut diharap dapat meringankan beban penduduk yang terkesan serta tanda penghargaan MBI kepada petugas PKPD Taman Meru 2B yang merupakan barisan hadapan negara memerangi Covid-19.